PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
1. ARAHAN AM
1.1 Selaku pegwai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.
Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami
dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan
Arahan Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatatusila profesion keguruan dan menjujungnya
sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian
semata-mata.
1.4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
1.5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati falsafah dan matlamat Pendidikan Negara.
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
dalam menjalankan tugas.
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
1.9 Menjadikan “role-model”.
1.10 Tunjukkan kepimpinan melalui teladan.
1.11 Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan - TEAM
(Together Everyone Achieves Much).
2. KEDATANGAN
2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapakan oleh pihak sekolah.
2.2 Guru dikehendaki berada didalam kawasan sekolah 5 minit sebelum
belajar dan Menanda kedatangan semasa sampai dan waktu balik
sekolah. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat
hendaklah memberitahu kenyataan dan sebab-sebab yang wajar.
Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya
jadual waktu ganti dapat disediakan.
2.3 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu sekolah
kecuali dalam keadaan kecemasan.
3. KELUAR WAKTU MENGAJAR
3.1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa
waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/Pejabat Pendidikan
Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua /Penolong Kanan.
3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam
Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua/ Guru Penolong
Kanan.
3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis
untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang.
3.4 Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan kecemasan.
3.4
4. CUTI
4.
4.4.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal
4.
4. Mengikut surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A/(30)
bertarikh 24 Disember, 1993 guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil
bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti
sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas
mengajar.
4.2 Cuti Sakit
4.2.1. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doctor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
4.2.1.
4.2.2. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh dokktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
4.2.3. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau
putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3
4.3 4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas
sebab- sebab persendirian yang mustahak
4.3.2. Cuti Tanpa Gaji daripada Kakitangan Bukan Guru hanya boleh diberi
selepas habis semua cuti rehatnya.
4.3.3. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
4.3.4 Cuti Tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali
dalam masa 4 tahun.
4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun
adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Cuti yang
melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Borang Permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan
Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
4.4 Cuti Sambilan (Lihat Lampiran IV)
4.4.1 Cuti Sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja
4.4.2. Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya aatas sebab-sebab
kecemasan dan upacara agama bagi tempoh 7 hari dalam setahun.
4.5 Cuti Keluar Negeri
4.5.1. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat
kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada
dipejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
5. PAKAIAN
5.1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
masyarakat timur.
5.2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi
guru perempuan.
5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai portongan dan panjang rambut yang
sesuai.
5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian
yang sesuai.
5.4.1 Guru perempuan – seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T,
kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
5.4.2 Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T,
kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau getah tanpa tumit.
6. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa daaaapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status social, social ekonomi, kelulusan dan sebagainya aaadalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
Guru mengamalkan ‘esprit de corp’.
Guru berkerjasama sebagai satu pasukan / TEAM (Together everyone achieves much).
7. BILIK GURU
7.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab
semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar dikelas.
Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan
bukannya ‘free-period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa
tersebut di bilik gvuru untuk perkara-perkara berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran sahaja.
7.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah samap-sama bertanggung jawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
8. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua.
Guru yang menghadapi masalah dibidang pengajaran bolehlah berurusan dengan guru Ketua Panitia, Guru Penolong Kanan atau Pengetua.
9. TUGAS
Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
Apabila diiarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya, menghadiri mesyuarat, pergi ke Pejabat Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boileh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Pengetua.
10. BUKU REKOD MENGAJAR
Setiap guru akan diberi Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Khamis untuk di semak dan ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan/ Guru Kanan.
10.2. Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada penolong
Kanan.
Buku Rekod Mengajar hendaklah diseahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun Persekolahan.
11. JADUAL WAKTU
11.1. Guru tingkatan hendaklaha amenyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
11.2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkantanpa kebenaran.
11.3. Guru mesti mematuhi masa jadual waktu – jangan keluar dari kelas lebih awal atau masuk kelas lewat.
12. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
12.1. Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
12.2. Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggung jawab menandanya.
12.3. Buku ini hendaklah sentiasa berada dipejabat.
12.4. Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang seli dalam satu minggu, ibubapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
12.5. Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab.
12.6. Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
12.7. Alamat pelajar sentiasa perlu dikemaskinikan ( ditulis dengan pensil ).
13. JADUAL KEDATANGAN KEDUA.
13.1 Setiap guru diwajibkan menanda tangan buku kedatangan kedua.
13.2. Semua maklumat perlu diisi dengan jujur dan tepat.
13.3. Guru yang mengajar pada waktu terakhir memastikan Ketua Tingkatan menghantar buku KEDATANGAN KEDUA ke pejabat.
14. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
14.1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam
Menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan
harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja
hendakalah di bawa ke pengetahuan guru disiplin / PK (HEM) atau
Pengetua.
14.2. Ketua Panitia / Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
15. SURAT MENYURAT
15.1. Semua surat resmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.
15.2 “Letter-head sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengetua
16. SURAT YANG DITERIMA
16.1. Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru
untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil
tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.
16.2. Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan
salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri
setelah mengambil tindakan.
16.3. Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua
mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru
itu hendaklah:
16.3.1 Memgambil tindakan yang diperlukan – Rujuk fail di pejabat
16.3.2 Memulangkan surat yang telah diambil tindakan kepada
Pengetua/Pentadbir.
17. PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN / JABATAN PENDIDIKAN DAERAH
17.1 Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri
atau Pejabat Pendidikan daerah untuk urusan peribadi pada masa sekolah
17.2. Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa di
PPD / JPN.
18. PELAWAT
18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua terlebih
dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.
18.2. Semua pelawat dikehendaki menandatangani Buku Pelawat.
19. MEMBELI BARANG
19.1. Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat.
19.2. Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru
Kanan / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
19.3. Semua pesanan yang lebih RM50.00 mesti dibuat melalui Borang
Pesanan Tempatan.
19.4. Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan
direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
19.5. Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Pengetua,
Pembekal dan Penerima.
20. KEGIATAN KOKURIKULUM
20.1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum.
Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
20.2. Kecederaan pelajar yang bahaya mesti dilaporkan kepada ibubapa dan
Pengetua selepas dihantar ke hospital.
21. PERHIMPUNAN SEKOLAH
21.1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-
masa dan hari-hari yang ditetapkan.
21.2. Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan
panjang.
21.3.Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku,
Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.
21.4. Antara tugas dari guru-guru dikehendaki menjaga disiplin pelajar.
22. MESYUARAT GURU
22.1. Dari masa ke masa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru.
Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.
22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru
Kanan / Ketua Panitia.
22.3. Setiap keputusan mesyuarat dibuat dalam mesyuarat guru sama
ada atas arahan Pengetua, guru-guru atau majoriti mesti dipatuhi
oleh semua guru walaupun berlainan pendapat.
23. BUKU STOK / INVENTORI
23.1 Guru Kanan atau Ketua panitia bertanggungjawab menguruskan
buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau
inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan
disemak dari masa kemasa oleh Pengetua/Penolong Kanan.
24. TANDA NAMA
24.1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,
majlis rasmi di sekolah / diluar sekolah.
24.2. Tandanama mesti mengikut saiz yang ditetapkan.
25. KEAHLIAN KELAB GURU/PIBG.
25.1. Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
25.2. Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.
26. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
26.1. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
26.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga stok.
26.3. Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali
dengan segera serta berkeadaan baik.
26.4. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya jika
perlu.