latest news

12-03-2010

SMK Bukit Payong sertai Pertandingan Menulis Surat Untuk PM

read more ...

09-03-2010

Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM

read more ...

05-03-2010

Usah lengah isi borang talian UPU

read more ...

Advanced Poll
Apakah komponen interaktif yang anda inginkan di Portal SMKBP?
Album 50.0%
Laman Pelajar 35.7%
Chat 7.1%
e-Tuisyen 7.1%
Forum 0.0%
Download 0.0%
Takwin 0.0%
EduGame 0.0%
Poll 0.0%

Total votes: 14


 
Version 2.08

Koleksi Buletin 2009

        Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini.  Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada.  Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan  dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes  di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai. 

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
  4. Wanita mengandung
  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus 
  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar,  salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

 

Sejauh mana keberkesanan Lembaga Disiplin sekolah 02-11-2006
KEJADIAN dua pelajar diracun di Seremban dan dua lagi pelajar tingkatan enam di Johor ditetak baru-baru ini harus membuka mata semua pihak terutama Kementerian Pelajaran dalam menangani masalah disiplin pelajar.

Walaupun kedua-dua kes berkenaan dianggap terpencil berbanding jumlah lebih tiga juta pelajar di negara ini, tetapi ia tetap serius kerana membabitkan kecederaan parah yang boleh membawa maut.

Pelbagai pendekatan sudah dicuba dan diguna pakai di sekolah bagi menangani masalah disiplin pelajar termasuk memberi kaunseling, namun nampaknya usaha itu masih jauh daripada mencapai matlamat sedangkan jumlah pelajar bermasalah semakin membesar.

Malah, langkah memansuhkan hukuman rotan sedikit sebanyak memberi kesan negatif dalam mengawal disiplin pelajar di sekolah.

Tanpa rotan yang menjadi alat mendisiplinkan pelajar sekitar tahun 1960-an, 70-an dan 80-an, pelajar sudah tidak takut lagi kepada guru, malah rasa hormat mereka juga terhakis.

Dalam menangani masalah disiplin pelajar, Kementerian Pelajaran keluar dengan satu cadangan baru iaitu mulai tahun depan, guru besar dan pengetua sekolah tidak lagi mempunyai kuasa penuh untuk menentukan bentuk hukuman terhadap pelajar yang terbabit dalam kesalahan disiplin.

Sebaliknya, sebarang hukuman akan diputuskan Lembaga Disiplin yang antara lain dianggotai wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pegawai perhubungan sekolah.

Lembaga Disiplin yang dipengerusikan guru besar atau pengetua itu akan membuat keputusan bersama untuk menentukan hukuman setimpal terhadap pelajar berdasarkan peraturan yang akan digariskan.

Dengan peraturan itu, pengetua dan guru besar tiada lagi mempunyai hak untuk menghukum pelajar mereka tanpa persetujuan Lembaga Disiplin berkenaan.

Alasan yang diberikan Kementerian Pelajaran adalah mudah iaitu bagi mengelak ibu bapa bertindak balas dengan menyaman guru dan sekolah jika mereka tidak berpuas hati dengan hukuman dikenakan ke atas anak mereka.

Setakat ini, tiada statistik dikeluarkan berhubung jumlah sekolah dan guru yang disaman ibu bapa semata-mata atas kesalahan disiplin.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar dipetik sebagai berkata kementerian sudah menghantar draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2006 ke Pejabat Peguam Negara dengan jangkaan diwartakan tahun ini sebelum dilaksanakan tahun depan.

Katanya, ketika ini hukuman terhadap kesalahan disiplin pelajar ditentukan sepenuhnya guru besar atau pengetua dengan Lembaga Disiplin hanya bertindak sebagai penasihat.

“Tindakan menghukum pelajar sekarang banyak bergantung kepada budi bicara guru besar atau pengetua berikutan prosedur yang tidak jelas.

“Bagaimanapun, peraturan baru ini mempunyai prosedur lebih tersusun dan jelas mengenai hukuman boleh dikenakan terhadap pelajar.

“Menerusi peraturan baru ini, kementerian dapat membuat penyelarasan bagi menyeragamkan hukuman bersabit kesalahan disiplin pelajar,” katanya.

Kewujudan Lembaga Disiplin berkenaan sudah pasti akan menyusahkan lagi guru yang memang sudah dibebani dengan pelbagai tugas lain yang bukan tanggungjawab hakiki mereka lagi iaitu mengajar.

Kalangan guru sudah pasti tidak akan mampu campur tangan jika berlaku kes disiplin di depan mereka kerana ia perlu dibuktikan di hadapan Lembaga Disiplin sebelum hukuman boleh dijalankan.

Adalah lebih baik guru buat tak tahu kerana jika ambil tahu pasti akan menyusahkan diri mereka sendiri.

Malah, cadangan Kementerian Pelajaran supaya hanya Lembaga Disiplin menetapkan hukuman terhadap kesalahan pelajar di sekolah berbanding kuasa guru besar atau pengetua sebelum ini mungkin mendatangkan masalah jika wakil ibu bapa yang dipilih gagal memberi kerjasama sepenuhnya.

Ia berikutan ibu bapa menganggotai panel Lembaga Disiplin mungkin tidak dapat memberi perhatian sepenuh masa pada lembaga kerana terikat dengan tugas harian mereka.

Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Prof Madya Dr Abdul Rahman Daud dipetik sebagai berkata, mungkin akan berlaku mesyuarat lembaga tidak dapat dihadiri pihak terbabit ketika mahu membuat keputusan.

“Pada teorinya, cadangan kementerian baik tetapi pelaksanaannya mungkin bermasalah. Kementerian seharusnya turut memikirkan cara mengatasi masalah itu supaya semua pihak dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Natijahnya, masalah disiplin pelajar bukan isu politik, sebaliknya ia perlu ditangani secara serius membabitkan kerjasama semua pihak.

Jika semua pihak serius, terutama ibu bapa, maka secara tidak langsung masalah disiplin pelajar yang berlaku kini dapat dikurangkan.

Oleh Yusri Abdul Malek


Persaraan Pengetua 19-10-2006
Hari ini, Rabu, 18 Oktober 2006, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong Jerteh Terengganu Hajah Siti Rokiah diraikan dalam satu majlis persaraan beliau. Majlis tersebut telah diadakan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SMKBP dan pihak PIBG sekolah. Turut hadir pada mjlis tersebut ialah Pengerusi PIBG Sekolah Tuan Hj Wan Abddulah bin Abd Latif dan beliau dijemput untuk menyampaikan cenderahati sebagai penghargaan atas jasa dan budi Hajah Siti Rokiah selama berkhidmat di SMKBP.

Pn Hajah Siti merupakan seorang Pengetua yang rajin dan bersungguh-sungguh dalam tugas dan tanggungjawabnya sebagai guru. Beliau telah bekhidmat di SMKBP selama 3 tahun 3 bulan bermula pada tahun 2003. Sebelum berkhidmat di SMKBP, beliau ditugaskan di Sekolah Menengah Seri Nering Jerteh.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, Sekolah Menengah Tun Fatimah dan mendapat Sijil Perguruan di Institut Bahasa. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dan berjaya mendapat ijazah Sastera

Ditanya mengenai perancangan selepas bersara, beliau menyatakan bahawa, laluan hidupnya masih panjang dan mencabar. Apa yang penting, beliau akan bekerja keras bagi membahagiakan keluarga dan memastikan anak-anaknya mempunyai tahap kehidupan yang lebih baik daripadanya.

e-mercu ingin mengucapkan selamat bersara dan mudah-mudahan akan lebih berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

"SELAMAT BERSARA HAJAH SITI"

Salam Aidilfitri 16-10-2006

Warga SMKBP mengucapkan salam aidilfitfi kepada semua umat Islam.
(by rajaman)


Persaraan Pengetua 16-10-2006
Pada 18.10.2006 majlis persaraan pengetua bertempat di Dewan Mercu. Acara bermula jam 10.00 pagi. Kepada semua guru/kakitangan semoga dapat mengambil bahagian.
Pn.Pengetua Hjh Siti Rokiah

Ramadan Al-Mubarak 01-10-2006
Masjid
Ibadat puasa adalah satu ibadat yang difardukan Allah kepada umat Islam. Ia memantulkan kesan positif mewarnai corak kehidupan dan nilai kemanusiaan lebih baik.

Sehubungan itu, Abu A'la al-Maududi pernah berkata bahawa ibadat wajib adalah suatu persiapan bagi manusia untuk melaksanakan ibadat lebih besar yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan. Ibadat lebih besar ini di antaranya meliputi aspek pengurusan, kepemimpinan dan perjuangan.

Ibadat puasa dilakukan Muslim tidak dapat dipisahkan daripada pengurusan masa sebagai suatu wahana untuk membentuk insan bertakwa, berdisiplin, berwawasan dan yang benar-benar memanfaatkan masa menuju keredaan Allah.

Ibadat puasa mengungkapkan pelbagai hikmah yang berupaya memimpin manusia untuk menelusuri perjalanan hidup di dunia dengan penuh waspada dan iman demi meraih hasil lumayan di akhirat kelak.

Puasa Ramadan setahun sekali adalah peluang keemasan bagi setiap Muslim untuk menghargai setiap keistimewaan dan kelebihan dikurniakan sepanjang bulan mulia ini. Bukankah satu amalan sunat yang dilakukan pada Ramadan menyamai ganjaraan satu amalan fardu pada bulan lain, manakala satu amalan fardu pada Ramadan pula menyamai 70 amalan fardu pada bulan lain? Lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, Allah memperuntukkan satu malam istimewa yang sesiapa dapat bertemu dengannya, maka amalan dilakukan ketika berlangsungnya malam al-Qadr, ganjarannya melebihi 1,000 bulan.

Berdasarkan hakikat ini, setiap Muslim wajar mendisiplinkan diri dengan memanfaatkan detik keemasan yang berlangsung sepanjang Ramadan dengan pengisian amalan salih.

Kepentingan berpuasa Ramadan melambangkan kepentingan manusia merancang dan mengisi amalan salih sepanjang bulan ini. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Kalaulah umatku benar-benar mengetahui kelebihan yang terhampar sepanjang Ramadan, nescaya mereka akan mengharapkan kelebihan Ramadan itu berlaku pada sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abi al-Dunya)

Hadirnya Ramadan bersama seribu satu keistimewaan dan keberkatan yang tersurat dan tersirat. Ia mendorong umat Islam agar melipatgandakan usaha dan kesungguhan untuk mengisi sebulan penuh Ramadan dengan amalan salih.

Lantikan adik web master 03-09-2006

Untuk menghadapi cabaran merealisasikan ke arah memperkayakan lagi kandungan laman web, beberapa pelajar dari Tingkatan 2A telah dipilih menjadi adik web master. Pemilihan ini adalah untuk jangka panjang memandang mereka ini masih lama kekal di sekolah ini. Mereka yang terpilih ialah :
Amiesuhada binti Amran
Mohd Haziqzuddin bin Abd Rahman
Mohd Khuzairi bin Che Hat
Noor Maizatul Akmal binti Md Zaib
Nor Fasiha binti Fakriusaha tangga kejayaan
Nor Pakhirah binti Deraman
Nur Azura binti Kamaruzaman
Zulkifli bin Daud

Dengan dibantu oleh kakak web master :
Engku Nurul Haq bt Engku Din
Norfazlina bt Ahamad

Serta dibimbing oleh Guru Penasihat
Norhashimi Jusoh
Sazaki Salleh

Diharap dengan pemilihan mereka ini akan dapat membantu pula pelajar-pelajar dari kelas lain untuk menyumbang bahan yang akan dimasukkan ke dalam e-mercu.

oleh web master

Kelab Pencegahan Jenayah 04-08-2006

Crime Prevention Club

Background

Crime Prevention Club in secondary schools were established nationwide to promote crime prevention awareness among pupils and enhance their knowledge of law enforcement.

The idea of its formation came from the safe city initiative committee and was accepted by the Chairman of MCPF as well as the rest of its Exco members.

The main reason that leads to the formation of the club was mainly the rise of crime rates and activities in schools. It is hoped that with the formation of the clubs, the students are more aware of their duties in preventing crime at the early stage.

Objectives

  • To foster a sense of obedience towards rules/regulations and national laws.
  • To produce a sense of responsibility and awareness in crime prevention.
  • To cultivate higher moral values among students that prevention is better than crime fighting.
  • To prepare an outline/guidance on how to prevent crime and encourage them in doing beneficial activities.
  • To produce responsible students towards religion, nation and country in preventing crime.
  • To educate students as not to be involved in any crime activities.
  • To expose the students to some guidelines on how to avoid from becoming victims.

Mission

The mission of the Crime Prevention Clubs is to create and instill awareness amongst the students on the importance to prevent crime and enhance their knowledge on law enforcement as to create a safer living community.



Sistem peperiksaan diubah -- Tumpu penilaian seimbang kemahiran pelajar selain a 17-05-2006

PETALING JAYA 17 Mei - Sistem peperiksaan nasional yang kini terlalu `menyeksakan' dengan mata pelajaran yang banyak akan diubah.

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) antara perubahan itu adalah:

* Kemungkinan bilangan mata pelajaran wajib dalam sistem peperiksaan berpusat akan dikurangkan bagi memberikan tumpuan seimbang kepada penilaian berteraskan sekolah (school-based assessment).

* Ujian Keupayaan Umum (GAT) yang diamalkan di negara-negara luar akan diguna pakai di negara ini bagi menilai kebolehan dan kemahiran pelajar selain keputusan akademik.

Ia adalah sebahagian daripada reformasi menyeluruh sistem pendidikan kebangsaan dengan menamatkan konsep penilaian pembelajaran berorientasikan peperiksaan seawal-awalnya tahun 2010.

Pengarah Peperiksaan LPM, Datuk Dr. Adi Badiozaman Tuah berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya kini sedang menyediakan rangka kerja untuk dibincang bersama di beberapa peringkat pendidikan termasuk ibu bapa, guru dan pelajar.

Menurut beliau, maklum balas yang diperoleh daripada pelbagai pihak terbabit kemudiannya dibincang hingga ke peringkat kementerian termasuk merujuk kepada badan-badan peperiksaan di luar negara.

``Kertas cadangan kemudian akan diserahkan untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran dan kerajaan sebelum akhir tahun ini,'' katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Persidangan Pentaksiran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICA), di sini hari ini.

Persidangan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim bagi mewakili Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Persidangan empat hari itu yang bermula semalam merupakan inisiatif LPM dan Kementerian Pelajaran mengumpulkan input berguna bagi menjana kecemerlangan pelajar melalui sistem pentaksiran bersifat insaniah.

Sementara itu, Hishammuddin dalam ucapan yang dibaca oleh Choon Kim berkata, kementeriannya sedang mencari pendekatan terbaru dan paling sesuai bagi menilai prestasi pelajar tanpa bergantung sepenuhnya kepada peperiksaan.

Pendekatan tersebut katanya, bertujuan mengenal pasti potensi dan keupayaan pelajar selain kecemerlangan mereka dalam bidang akademik.

Menurut beliau, dengan menggunakan sistem penilaian yang kurang berorientasikan peperiksaan, kemajuan, kekuatan serta kelemahan pelajar dapat dikenal pasti dengan lebih menyeluruh.

Bagi mencapai matlamat itu, katanya, GAT dilihat sebagai satu pendekatan terbaik berbanding sistem ujian pencapaian berpusat yang digunakan hari ini.

``GAT berupaya menilai potensi pelajar dan kebolehan mereka mengguna pakai apa yang dipelajari di sekolah,'' kata Hishammuddin.

Di samping itu, penilaian menggunakan GAT diharap dapat membantu menilai potensi pelajar secara menyeluruh dengan membina profil keupayaan intelek pelajar.

Dalam pada itu, Adi Badiozaman menambah, sistem peperiksaan berpusat perlu diseimbangi sistem penilaian berteraskan sekolah supaya gambaran lebih menyeluruh dan holistik dapat dilihat mengenai keupayaan akademik, pencapaian sosial dan perwatakan pelajar.

Beliau berkata, sistem pentaksiran yang dicadangkan bukan bertujuan untuk mengurangkan mata pelajaran wajib dalam sistem peperiksaan berpusat kerana ia masih penting sebagai standard pencapaian pelajar di negara ini.

``Anjakan LPM melibatkan perubahan dari padasatu sistem kecil kepada satu sistem yang lebih besar dan menyeluruh.

``Ini akan menukar pandangan masyarakat tentang pembangunan budaya ilmu,'' katanya.

Oleh: RAJA ZUHA KAMAL dan SAZAKI ABDUL RAHMAN



Hari Guru 10-05-2006




Maulud 11-04-2006
Hari Maulud Nabi (12 Rabiul Awal)

Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :-

"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung."
Al-Araf: 157

Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem.

Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki, perempuan, dan kanak-kanak akan diadakan di bandar dan kampung sambil menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan untuk meriahkan hari Maulud mulia ini. Jamuan makan juga dianjurkan diadakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin.

Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.

Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :-

Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?"
Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.
Maka Nabi S.A.W. berkata:
"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:

* Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain.
* Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Rujukan
http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/Masalah/maulud.html


Kursus Makmal 03-04-2006

Seramai 20 orang guru dari 10 buah sekolah daerah besut sedang berkursus di makmal sekolah smk bukit payong selama 5 hari. Kursus ini dianjurkan oleh DRB Hicom



DuitSaku 13-03-2006

Pls register.... more fun and get money
Click here : Duit Saku

What is duitsaku.com?
Duitsaku.com is a financial planning education website targeted towards Malaysian children. It is designed especially to help children understand what is financial planning and why financial planning is important for their future welfare. The website is equipped with information and activities that serve the above purposes.

What activities does this website offer its members?
Members can enjoy all kinds of activities on this website. These include quizzes, crossword puzzles, games, wallpapers and screensavers downloads, e-cards, discussion forums and so on.



Minggu Bahasa 28-02-2006

Minggu Bahasa akan diadakan pada 8 Mac 2006. Semua wakil dari setiap Rumah akan menghantar wakil masing-masing. Satu pasukan pantun seramai 4 orang, Pidato diwakili oleh 2 peserta. Manakala pasukan bahas dan forum seramai 4 orang sepasukan akan berentap sengit dijangkakan diadakan di Dewan Mercu sekolah. Hadiah pula dirahsiakan setakat ini. Dijemput kepada penyokong Rumah masing-masing datang untuk menyaksikan pertandingan ini. Sokongan anda mungkin menghangatkan lagi suasana disamping menimba pengalaman.


Latihan Olahraga 27-02-2006

Makin lama makin meriah keadaan padang sekolah. Selepas minggu merentas desa baru-baru ini kini padang sekolah sibuk pula dengan latihan atlit kita yang akan menyahut cabaran di Kejohanan Olahraga Daerah yang akan diadakan di Kg Raja Besut. Oleh Nurul


Pendaftaran PMR 27-02-2006
Dengar khabar adik-adik dari tingkatan 3 diminta membuat salinan mycard masing-masing. Ini untuk memudahkan kerja-kerja pendaftaran PMR 2006. Menurut setiausaha PMR cikgu Norhashimi, urusan pendaftaran PMR telah siap, cuma tinggal beberapa orang yang belum didaftarkan ekoran belum menyerahkan salinan mycard. Selain itu terdapat sebilangan pelajar yang belum menjelas yusan peperiksaan sebanyak RM20. Beliau meminta agar pelajar berkenaan agar cepat-cepat menyerahkan apa yang minta semoga urusan pendaftaran dapat dibereskan. Hai, harga getah dah melambung pun ada juga yang lambat bayar. Oleh LIN


Pencarian wartawan & jurugambar 27-02-2006

Untuk pertama kali e-Mercu telah mempunyai wartawan sendiri. Tahniah kepada Engku Nurul Haq bt Engku Din dan Norfazlina bt Ahamad dari 4 ICT. Pelantikan secara spontan ini telah banyak mengurangkan beban kepada web master untuk mengurus e-mercu. Diharap dengan perlantikan ini dapat memeriahkan lagi bahan-bahan terkini serta info sekolah. Kepada warga SMKBP yang ingin mempunyai laman web sendiri bolehlah berjumpa dengan mereka ini untuk keterangan lanjut.
:by web master




kembali semula 22-02-2006
Laman web sekolah telah dimulakan pada Jun 2005. Setelah hampir 6 bulan berlalu, pelbagai maklumat telah dimasukkan. Amat malang bagi kami pada Jan 2006 semua database yang disimpan di 'hosting' telah hilang tanpa backup. Walaupun berat, kami telah

berpindah ke hosting baru yang berpangkalan di Malaysia. Diharap selepas ini pengurusan web akan lebih teratur tambahan dibantu pula oleh ahli Kelab Komputer.


Minggu Mesyuarat 12-02-2006
Semua panitia mata pelajaran telah memulakan mesyuarat masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan. Adalah tidak dapat dinafikan peranan panitia terhadap perkembangan P&P