| Buletin Info Terkini |
SMK Bukit Payong sertai Pertandingan Menulis Surat Untuk PM 12-03-2010

BESUT 7 Mac - Berbekalkan hasrat untuk menyumbang idea bernas dan praktikal mendorong seramai 210 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong (SMKBP) dekat sini menyertai Pertandingan Menulis Surat Untuk Perdana Menteri.
Hari ini, satu majlis ringkas diadakan di pekarangan dewan sekolah tersebut bagi menyerahkan penyertaan yang diketuai oleh Fatin Najihah Che Jusoh kepada pengetua sekolah, Hamidah Mohamad untuk dihantar kepada penganjur.
Pertandingan anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Pos Malaysia Berhad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kementerian Pelajaran itu bermula 29 Disember lalu dan berakhir pada 19 Mac ini.
Guru Penyelaras, Mohd. Hussni Mohamad Suhaimi berkata, pihak sekolah memberi masa tiga minggu untuk mengumpul penyertaan dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan juga Panitia Sivik dan Kewarganegaraan sekolah.
Katanya, pelajar dari Kelas Rancangan Khas (KRK) turut menunjukkan komitmen tinggi menyiapkan surat tersebut. Akhirnya sehingga tempoh yang diberikan, lebih 200 pelajar berjaya menyiapkan surat mereka.
Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM 09-03-2010
LONDON - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.
Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.
"Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.
"Makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar bandar," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan ucaptama di Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di sini hari ini.
Seramai 73 Menteri Pelajaran dan juga pemimpin serta pegawai-pegawai pendidikan dunia menghadiri forum tersebut yang membincangkan mengenai pembelajaran dalam bidang ICT.
Ia forum pendidikan terbesar di dunia yang memfokuskan pembangunan dan integrasi ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah.
Forum ini memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, pegawai kanan kerajaan dan pihak berkaitan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman mengenai pengunaan ICT di negara masing-masing.
Tambah Muhyiddin, gabungan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan Malaysia telah memperlihatkan banyak kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam membentuk perkongsian pintar.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai.
"Pada masa sama, kita juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa teknologi itu hanyalah alat.
"Interaksi di dalam kelas dengan murid-murid juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. Tiada teknologi yang boleh menggantikan guru," jelasnya.
Katanya, cabaran lain adalah kos yang tinggi dalam melaksanakan ICT terutama ketika negara menghadapi krisis ekonomi,
Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan mendapat kerjasama baik daripada komuniti sekitar dan sektor swasta dalam menjayakan program ICT di sekolah.
Muhyiddin turut menyentuh mengenai keperluan menjadikan pendidikan sebagai pertahanan paling utama negara bagi keselamatan ekonomi dan memberi jaminan kesihatan termasuk membantu dunia memerangi kebuluran.
"Selain menjadikan forum ini sebagai medan perkongsian kemahiran mengenai teknologi, jadikan ia untuk menjalinkan kerjasama erat bagi keamanan dunia melalui komunikasi dan informasi teknologi yang lebih baik dalam ikatan persaudaraan pendidikan," katanya. - utusan
Usah lengah isi borang talian UPU 05-03-2010
DEBARAN menunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sudah terlerai, tetapi bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengupan penantian belum reda.
ISI CEPAT...pelajar perlu mengisi borang UPU secara talian bagi mengelakkan mereka tidak mempunyai tempat di IPTA.
Namun, ramai masih keliru serta tidak tahu hala tuju selepas SPM atau STPM apatah lagi jika gagal melanjutkan pengajian di menara gading walaupun mendapat keputusan cemerlang.
Justeru, bagi pelajar SPM atau STPM, ke mana hala tuju mereka selepas mendapat keputusan peperiksaan? Mengapa menunggu terlalu lama untuk menentukan masa depan sedangkan mereka sepatutnya sudah bersedia atau berbincang dengan guru kerjaya selepas peperiksaan.
Penolong Pengarah Unit Kaunseling, Sektor Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Raja Mazlan Raja Shahdan, berkata pelajar sepatutnya tiada masalah menentukan hala tuju selepas SPM atau STPM.
Beliau berkata, sebelum peperiksaan, mereka mengikuti beberapa sesi peluang kerjaya atau bidang pengajian yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian akademik.
"Debaran atau risau menunggu keputusan peperiksaan adalah lumrah kepada setiap pelajar, namun jika pelajar keliru dan tidak tahu hala tuju, ia tidak sepatutnya berlaku.
"Di sekolah menengah, pelajar didedahkan kaedah memilih bidang atau kerjaya yang sesuai dengan minat dan akademik," katanya.
Menurutnya, unit kaunseling di sekolah berfungsi membantu pelajar, jadi tidak timbul soal tidak tahu ke mana hendak pergi selepas SPM atau STPM.
"Apa yang penting, pelajar perlu melihat kesesuaian minat dengan keputusan akademik.
"Jika berminat dan akademik pula baik, ia tiada masalah. Tetapi jika minat tidak sesuai dengan akademik, guru kaunseling akan memberi panduan," katanya.
Raja Mazlan berkata, masalah yang mungkin berbangkit bagi pelajar lepasan SPM atau STPM sekarang ialah penempatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi pengisian borang Unit Pengambilan Universiti (UPU).
"Selesai saja menduduki peperiksaan, pelajar perlu mengisi borang UPU secara talian ke IPTA.
"Selepas mendapat keputusan, mereka hanya perlu mengemas kini borang yang diisi dan kelayakan mereka memasuki IPTA akan dinilai secara terus.
"Tetapi kelambatan pelajar mengisi borang UPU menyebabkan peluang mereka ke IPTA tipis walaupun mendapat keputusan cemerlang. "Perkara ini banyak berlaku kerana kesilapan pelajar sendiri tidak mengemas kini secepat mungkin," katanya.
Katanya, jika lambat memang sukar untuk menangani apatah lagi penempatan pelajar baru ke IPTA terhad.
"Mungkin apabila mereka memohon dan diterima, pelajar yang sepatutnya mendapat penempatan itu terpaksa dikeluarkan dan digantikan pelajar yang lambat mengisi borang UPU.
"Ia pasti mengecewakan pelajar yang mendapat tawaran awal dan tidak adil kepada pelajar yang mengisi borang UPU lebih awal," katanya.
Justeru, bagi pelajar SPM yang keputusannya akan diumumkan minggu ini, beliau meminta mereka mengisi borang UPU secepat mungkin. "Jangan kerana kelalaian anda, pelajar lain terpaksa menanggung akibat dan kementerian dipersalahkan," katanya.
Ditanya pemilihan bidang di universiti, katanya, pelajar patut pilih mengikut minat, tetapi ia turut mengambil kira keputusan peperiksaan.
"Minat dan kelayakan akademik memang perkara utama dalam membuat keputusan, tetapi jangan lupa mengambil kira pasaran kerjaya.
"Jika memilih bidang yang mudah mendapat pekerjaan, ia memang baik. tetapi jika sebaliknya, jangan menyesal apabila keluar dari universiti kelak, anda masih menganggur untuk beberapa tahun," katanya.
Semua bidang kerjaya mempunyai saingan kerana setiap tahun ramai pelajar menamatkan pengajian.
"Saya cadangkan supaya pelajar bijak dan berani memilih bidang yang baru ditawarkan di universiti kerana peluang mendapat pekerjaan lebih luas.
"Tetapi, jika mengikuti kursus yang mudah atau ramai yang mengikutinya, mereka mungkin berdepan masalah nanti," katanya.
Ketika mengisi borang UPU dan memilih IPTA, Raja Mazlan menasihatkan pelajar memilih yang terbaik untuk diri sendiri dan tidak mengikut cakap kawan atau orang lain.
"Ada sanggup memilih kursus tertentu dan universiti yang tidak sesuai kononnya tidak mahu berpisah dengan kawan baik atau kekasih.
"Akhirnya, apabila gagal, mereka terpaksa menggigit jari," katanya.
Beliau mengakui peranan ibu bapa penting bagi pelajar lepasan SPM atau STPM kerana mereka lebih berpengalaman.
"Cuma, ibu bapa jangan memaksa anak-anak mengambil jurusan pilihan mereka, tetapi memberi nasihat dan pandangan bernas.
"Memang ada ibu bapa bercita-cita mahu anak mereka mengambil kursus tertentu, sedangkan si anak tidak berminat dan mempunyai impian sendiri.
"Di tahap ini, saya berharap ibu bapa jangan memusnahkan masa depan anak-anak hanya kerana mahu mengambil kursus tertentu," katanya.
Keputusan STPM 2009 cemerlang 26-02-2010
Terengganu mencatat peningkatan dalam pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 (empat flat) dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang diumumkan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu, hari ini (25 Fabruari).
Oleh : AIDA ABD RAHMAN
PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH LUAR BANDAR FASA 2 22-02-2010
2. BEA5068 - SMK AMPANG PECAH, JALAN HAMZAH, KUALA KUBU BHARU 44000 SELANGOR (PPD HULU SELANGOR)
3. BBD3073 - SJK(T) VAGEESAR, JALAN TANJONG KERAMAT, KUALA SELANGOR 45000 SELANGOR (PPD KUALA SELANGOR)
4. CBA4017 - SK CHEROK PALOH, CHEROK PALOH, KUANTAN 26060 PAHANG (PPD KUANTAN)
5. CBA5086 - SK TASIK CINI, PEKAN (JHEOA), KAMPUNG GUMUM, TASIK CHINI, CHINI 26690 PAHANG (PPD PEKAN)
6. DBA2167 - SK JAMBU LAWAR, JALAN KUALA KRAI, MACHANG 18500 KELANTAN (PPD PASIR PUTIH/MACHANG)
7. JBA0009 - SK PESERAI, KM 4, JLN. PESERAI, BATU PAHAT 83000 JOHOR (PPD BATU PAHAT)
8. KEA4060 - SMK MEGAT DEWA, JALAN KODIANG, KODIANG 06100 KEDAH (PPD KUBANG PASU)
9. MBA0023 - SK PULAU SEBANG, PULAU SEBANG, TAMPIN POS 73000 MELAKA (PPD ALOR GAJAH)
10. NBA6027 - SK PALONG 14 (F), FELDA PALONG 14, GEMAS 73470 NEGERI SEMBILAN (PPD JEMPOL)
11. PBC2045 - SJK(C) MAH HUA, KAMPUNG SELAMAT, TASEK GELUGOR 13300 PULAU PINANG (PPD SEBERANG PRAI UTARA/TENGAH)
12. RBA0082 - SK ARAU, JALAN BESAR ARAU,, ARAU 02600 PERLIS (JPN PERLIS)
13. TBA5050 - SK TOK RANDOK, JALAN JERANGAU, AJIL 21800 TERENGGANU (PPD HULU TERENGGANU)
14. XRA5401 - SMKA MOHAMAD ALI RANAU, PETI SURAT 124, RANAU 89308 SABAH (PPDK RANAU)
15. YEA1401 - SMK SEMATAN, JALAN LUNDU-SEMATAN, SEMATAN 94100 SARAWAK (PPDK LUNDU)
16. ABA4047 - SK CHENEIN, LASAH, SUNGAI SIPUT (U) 31110 PERAK (PPD KUALA KANGSAR)
17. ABA8228 - SK DATO' SAGOR, JALAN TANJUNG TUALANG, KAMPONG GAJAH 36800 PERAK (PPD PERAK TENGAH)
18. ABC1067 - SJK(C) SUNGAI BATU, GURU BESAR SJK(C) SUNGAI BATU, PANTAI REMIS 34900 PERAK (PPD MANJUNG)
19. BBA9221 - SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA, TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA, SUNGAI PELEK 43950 SELANGOR (PPD SEPANG)
20. BBC1038 - SJK(C) PENG MING, PEKAN TELOK PANGLIMA GARANG, TELOK PANGLIMA GARANG 42500 SELANGOR (PPD KUALA LANGAT)
21. BBD0076 - SJK(T) JALAN TEPI SUNGAI, JALAN TEPI SUNGAI, KLANG 41000 SELANGOR (PPD KLANG)
22. CBA5083 - SK MUADZAM SHAH, BULATAN JALAN PINGGIR PELANGI, MUADZAM SHAH 26700 PAHANG (PPD ROMPIN)
23. CBA5088 - SK PEKAN JAYA, BANDAR BARU PERAMU, PEKAN 26600 PAHANG (PPD PEKAN)
24. CBAA009 - SK (LKTP) TEMBANGAU 1, FELDA TEMBANGAU1, KEMAYAN 28380 PAHANG (PPD BERA)
25. DBB2183 - SK HAMZAH (1), MACHANG, MACHANG 18500 KELANTAN (PPD PASIR PUTIH/MACHANG)
26. DEA3428 - SMK KUBANG BEMBAN, KM 2, JALAN PASIR MAS - MERANTI, PASIR MAS 17000 KELANTAN (PPD PASIR MAS/TUMPAT)
27. DEA6360 - SMK MAHMUD MAHYIDIN, PASIR PEKAN, WAKAF BHARU 16250 KELANTAN (PPD PASIR MAS/TUMPAT)
28. JBA0020 - SK SERI SEPARAP, SD 15, KG. SEPARAP, BATU PAHAT 83000 JOHOR (PPD BATU PAHAT)
29. JBA4004 - SK SERI PANTAI, PETI SURAT 11, KAMPUNG SRI PANTAI, MERSING 86807 JOHOR (PPD MERSING)
30. JEA7036 - SMK LKTP PEMANIS, SMK LKTP PEMANIS PETI SURAT 67, SEGAMAT 85007 JOHOR (PPD SEGAMAT)
31. JEE6009 - SMK TELOK KERANG, JALAN PERADIN, TELOK KERANG 82020 JOHOR (PPD PONTIAN)
32. KBA4009 - SK JITRA, JALAN JITRA, JITRA 06000 KEDAH (PPD KUBANG PASU)
33. KEA3113 - SMK SUNGAI LAYAR, SUNGAI PETANI, SUNGAI PETANI 08000 KEDAH (PPD KUALA MUDA/YAN)
34. KRA8001 - SMK AGAMA SIK, SIK,, SIK 08200 KEDAH (PPD BALING/SIK)
35. MBA1029 - SK SERKAM DARAT, KG.SERKAM DARAT, MERLIMAU 77300 MELAKA (PPD JASIN)
36. NEE1086 - SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN, JALAN KELAB GOLF DIRAJA SERI MENANTI, SERI MENANTI 71550 NEGERI SEMBILAN (PPD KUALA PILAH)
37. PRA2003 - SMKA AL-IRSHAD, POKOK SENA, KEPALA BATAS 13220 PULAU PINANG (PPD SEBERANG PRAI UTARA/TENGAH)
38. RBA0003 - SK BESERI, KM 12, JLN KAKI BUKIT KANGAR, KANGAR 02400 PERLIS (JPN PERLIS)
39. TBA3052 - SK PAGAR BESI, BATU RAKIT,, KUALA TERENGGANU 21020 TERENGGANU (PPD KUALA TERENGGANU)
40. TBA6068 - SK SUNGAI TONG, KG. SUNGAI TONG., PERMAISURI 21500 TERENGGANU (PPD SETIU)
41. TEA0069 - SMK BUKIT PAYONG, KAMPUNG BUKIT PAYONG, JERTEH 22010 TERENGGANU (PPD BESUT)
42. WBA1003 - SK BUKIT KALLAM, PETI SURAT 81097, W.P LABUAN 87020 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JPN WP LABUAN)
43. XBA4327 - SR. PENDIDIKAN KHAS K.KINABALU, SRPK KOTA KINABALU, TUARAN 89208 SABAH (PPDK TUARAN)
44. XBA6313 - SK PEKAN MENUMBOK, PETI SURAT 30, MENUMBOK 89767 SABAH (PPDK KUALA PENYU)
45. XEA3331 - SMK TAGASAN, PETI SURAT 409, SEMPORNA 91308 SABAH (PPDK SEMPORNA)
46. XEA5101 - SMK TANDEK, PETI SURAT 153, KOTA MARUDU 89108 SABAH (PPD KOTA MARUDU)
47. YBA3205 - SK SIBU JAYA, D/A PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN SIBU, SIBU 96000 SARAWAK (PPD SIBU)
48. YBA9204 - SK KELAWIT, D/A, PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL TATAU, TATAU 97200 SARAWAK (PPDK TATAU)
49. YCC6103 - SJK KWANG CHIEN, D/A PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN BAHAGIAN SARIKEI, SARIKEI 96100 SARAWAK (PPD SARIKEI)
50. YEE2402 - SMK DATUK PATINGGI KEDIT, KM 7.2 JALAN BETONG/KUCHING, BETONG 95700 SARAWAK (PPD BETONG)
Catatan:
No. 1 - 15 : Sekolah Fasa 1 (Tahun 2009)
No. 16 - 50 : Sekolah Fasa 2 (Tahun 2010)
Pelajar wajib ambil satu bidang sukan 22-02-2010
MARAN 21 Feb. - Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar akan diberi kredit atau markah bagi membuka peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.
Bagi tujuan itu, beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, satu jawatankuasa sementara ditubuhkan untuk mengkaji perkara tersebut yang membabitkan kurikulum dan aspek pemarkahan.
''Sekurang-kurangnya satu sukan wajib diambil oleh pelajar. Dasar ini telah lama ada tetapi ia kurang ditekan.
''Kita sedang mengkaji kurikulumnya dan sekurang-kurangnya tahun depan kita boleh mula tetapi mana-mana sekolah yang telah bersedia boleh bermula tahun ini. Kita perlu memperincikan jadual dan kurikulum bagi mengelakkan pertembungan antara akademik dan sukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara cawangan Jengka di sini hari ini. - Utusan
Semalam, Muhyiddin mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, pihaknya akan merombak Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran dengan menjadikan sukan sebagai bidang berasingan.
''Pada masa ini, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum kementerian melibatkan persatuan beruniform diletakkan dalam satu bahagian. Kita hendak buat rombakan iaitu kokurikulum dalam satu bahagian manakala sukan dalam pengkhususan lain," jelasnya.
Sehubungan itu kata beliau, jawatankuasa sementara itu akan mengkaji pelbagai perkara termasuk kurikulum yang lebih lengkap, tenaga pengajar, jurulatih yang berkemahiran dan aspek promosi.
Menurut beliau, aktiviti sukan di sekolah juga akan dikaji supaya ia tidak hanya diadakan dalam tempoh dua tiga bulan pertama sesi persekolahan sebaliknya sepanjang tahun bagi menyemarakkan budaya bersukan.
''Kita hendak lahirkan lebih banyak guru sukan dan mengubah semula kalendar sukan tahunan.
Ketika ini, kalendar sukan tahunan dibuat dua tiga bulan selepas sekolah dibuka dan pada bulan Jun telah selesai dan selepas itu tidak ada diberi perhatian oleh pihak sekolah," ujarnya.
Beliau menambah, kerajaan juga sedang mengkaji untuk menambah peruntukan kepada sekolah-sekolah supaya hasrat itu menjadi kenyataan.
Sukan Tahunan 21-02-2010
e-Buku Aturcara Sukan 2010 :
KEJOHANAN SUKANTARA DAN OLAHRAGA
KALI PERTAMA
DI PADANG SEKOLAH
PADA 11 FEB 2010
Saringan Syarahan Hafazan dan Tilawah 21-02-2010
Satu pertandingan peringkat saringan Syarahan, Hafazan dan Tilawah Al-Quran antara rumah akan diadakan pada hari Selasa 23 Feb 2010. Semua ketua rumah diharap bersiap sedia. Untuk maklumat lebih lanjut sila berhubung dgn Utz Alias
PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS 21-02-2010
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010: PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
KP(BSPSH-SPDK)201/005/01( )
|
Tahun
|
Peringkat persekolahan
|
|
|
Rendah
|
Menengah
|
|
|
Mulai 2010
|
P&p Sains dan Matematik
boleh menggunakan Bahasa Inggeris.
|
P&p Sains dan Matematik
boleh menggunakan
Bahasa Inggeris.
|
|
Mulai
2011
|
i) P&p Sains dan Matematik Tahun Satu di SK menggunakan Bahasa Malaysia.
ii) P&p Sains dan Matematik Tahun Satu di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
|
P&p Sains dan Matematik boleh
menggunakan
Bahasa Inggeris.
|
|
Mulai
2012
|
i) P&p Sains dan Matematik Tahun Empat di SK menggunakan Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat Tahun 6.
ii) P&p Sains dan Matematik Tahun Empat di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat Tahun 6.
|
P&p Sains dan Matematik Tingkatan Satu dilaksanakan dalam
Bahasa Malaysia.
|
|
P&p Sains dan Matematik Tingkatan Empat boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia sehingga kohort tersebut tamat Tingkatan 5.
|
||
|
Jenis Peperiksaan
|
Penggunaan Bahasa pengantar
|
|
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
|
Dwibahasa
sehingga 2015
|
|
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
|
Dwibahasa
sehingga 2013
|
|
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
|
Dwibahasa
sehingga 2015
|
Unit khas diwujud untuk rapat jurang prestasi sekolah 21-02-2010
PUTRAJAYA, 21 Feb - Kementerian Pelajaran akan mewujudkan satu unit khas bagi meningkatkan prestasi sekolah di pedalaman dalam usaha merapatkan jurang perbezaan dengan sekolah di bandar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata langkah itu adalah antara cadangan yang terkandung dalam kertas cadangan komprehensif kementerian yang kini sedang dirangka untuk mengimbangi prestasi sekolah itu.
"Ia termasuk dari segi kemudahan dan pencapaian akademik,” katanya ketika berucap pada Malam Amal Tautan Kasih anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) di sini malam tadi.
Katanya kerajaan perlu adil, malah sedar wujud perbezaan antara kedua-dua sekolah itu.
"Ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan tiada lagi jurang antara sekolah di pedalaman dan di bandar,” katanya.
Beliau berkata penubuhan unit seperti itu dijangka akan dapat memberi tumpuan dalam meningkatkan pengisian sekolah luar bandar sekaligus memastikan sekolah itu mampu menandingi prestasi sekolah di bandar. - BERNAMA
Cuti Perayaan Tahun Baru Cina 20-02-2010
Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti bersempena Perayaan Tahun baru Cina mulai 12 Februari sehingga 20 Februari 2010.
Latihan Sukan Tara 02-02-2010
ANCAMAN VIRUS ABAD INI 20-08-2009
LATEST NEWS 2009
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini. Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan) Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai. Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama. Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)? Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak. Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)
TAKWIM STPM&MUET 2009 20-08-2009
KALENDAR PEPERIKSAAN STPM DAN UJIAN MUET 2009 |
kemoh 07-07-2007
pkhemoh
Acara dan Aktiviti 08-04-2007
Jamuan Khas Perpisahan dan Pertukaran Guru
Hari Khamis 5 April di Kantin
Majlis Motivasi KeIbuBapaan dan TemuMurni
bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan
PMR, SPM. STPM
Hari Ahad 8 April di Dewan Mercu
Hari Perarakan Sempena Maulud Nabi
Hari Khamis 12 April
Perarakan bermula di Dataran Mercu, menggelilingi SMKBP dan berakhir di Dewan PIBG
Guru Tolak 02-04-2007
Oleh FAUZIAH AROF
SHAH ALAM 1 April – Semua kesatuan, pertubuhan dan badan dalam perkhidmatan pelajaran menolak kemasukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dalam Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) kerana ia boleh menyekat kenaikan pangkat guru.
Wakil-wakil kesatuan dan persatuan yang mempunyai kira-kira 500,000 ahli seluruh negara itu sebulat suara membantah kemasukan PTD yang disifatkan menimbulkan situasi janggal kerana pegawai berkenaan tidak berpengalaman menerajui JPN.
Pada masa sama, mereka menyifatkan kemasukan tersebut juga seolah-olah menolak keupayaan guru untuk memegang jawatan tinggi dalam JPN.
Sehubungan itu, dalam mesyuarat hari ini, mereka meminta agar penstrukturan JPN ditangguhkan sementara waktu agar setiap pihak dapat memberi cadangan baru.
Yang Dipertua Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PBPPM), Abdul Manan Mohd. Noh berkata, banyak perkara yang perlu dirundingkan terlebih dahulu bagi mewujudkan situasi menang-menang bagi semua pihak.
‘‘Kami bukan cemburu dan tidak pula membantah penstrukturan baru JPN tetapi cuma menolak kemasukan PTD dalam JPN. Sehubungan itu, kami akan menubuhkan satu jawatankuasa pengelola untuk mengemukakan cadangan baru ini.
“Kami juga bercadang berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membincangkan perkara ini secara lebih mendalam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Jabatan Pelajaran Selangor, di sini hari ini.
Mesyuarat itu dihadiri wakil dari Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan (KKGDPP), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM), Kesatuan Guru Agama Malaysia Barat (KKGUMB), Kesatuan Kebangsaan Guru Sekolah Tamil (KGST) dan lain-lain.
Dalam pada itu, Pengerusi Biro Penerangan dan Seranta PBPPM, Abdul Karim Abdullah menerangkan, guru senior sudah mempunyai pengalaman yang cukup dan telah menjalani kursus tertentu yang melayakkan mereka menerajui Sektor Perkhidmatan Pengurusan dan Pembangunan di JPN berbanding PTD.
‘‘PTD pula tidak mempunyai pengalaman dalam JPN dan ini sudah tentu mewujudkan satu suasana janggal dalam JPN itu sendiri sekiranya mereka yang mengetuainya nanti.
“Sedangkan JPN dan PTD mempunyai suruhanjaya berbeza. Mereka (PTD) mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, kita pula Suruhanjaya Pendidikan,” katanya.
Presiden NUTP, Anuar Ibrahim pula menyifatkan, kemasukan PTD itu sekali gus boleh menggugat masa depan guru.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng turut menganggap sebarang usaha mengambil alih jawatan tinggi JPN oleh pegawai PTD tidak dapat diterima oleh guru-guru.
Larian Merentas Desa 2007 20-01-2007
Perlumbaan Merentas Desa Peringkat Daerah Besut 2007 telah dijalankan di SMK Bukit Payong. Merentas Desa kali ini disertai oleh lebih 700 peserta dari pelbagai kategori termasuk kategori 15 tahun lelaki perempuan, kategori 18 tahun lelaki perempuan yang disertai seluruh sekolah menengah daerah Besut. Juara keseluruhan merentas desa kali ini dimenangi oleh SMK Pelagat. Tradisi juara merentas desa yang dipegang oleh SMK Bukit Payong selama 3 tahun berturut-turut telah dipecahkan digelangang sendiri. Hujan yang mencurah-mencurah turun pada sebelah malam menambahkan lagi kesukaran merentas desa kali ini. Dengar cerita, gelangang merentas desa SMKBP telah terpiih untuk kejohanan merentas desa peringkat negeri yang akan diadakan pada Sabtu 10 Februari 2007. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi kejohanan merentas desa peringkat negeri Terengganu
TAKWIM PEPERIKSAAN 2007 01-12-2006
TAKWIM PEPERIKSAAN 2007
kini boleh diperolehi dengan rasminya secara on-line.
Dapatkannya di sini.
Minggu Mesyuarat 12-02-2006
Semua panitia mata pelajaran telah memulakan mesyuarat masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan. Adalah tidak dapat dinafikan peranan panitia terhadap perkembangan P&P
top
