latest news

12-03-2010

SMK Bukit Payong sertai Pertandingan Menulis Surat Untuk PM

read more ...

09-03-2010

Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM

read more ...

05-03-2010

Usah lengah isi borang talian UPU

read more ...

Advanced Poll
Apakah komponen interaktif yang anda inginkan di Portal SMKBP?
Album 50.0%
Laman Pelajar 35.7%
Chat 7.1%
e-Tuisyen 7.1%
Forum 0.0%
Download 0.0%
Takwin 0.0%
EduGame 0.0%
Poll 0.0%

Total votes: 14


 
Version 2.08
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Diucapkan Selamat Datang ke Laman Web Sekolah Kami
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, e-Mercu yang merupakan laman web rasmi Sekolah Men Keb Bukit Payong, Jerteh dapat disempurnakan dengan jayanya. Melalui kesempatan ini juga saya ingin merakam ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam usaha membina laman ini.

e-Mercu, sesuai dengan namanya seharus menjadi gerbang maklumat kepada semua pengunjung untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi mengenai Sekolah Men Keb Bukit Payong serta perkembangannya. Malah ia merupakan salah satu langkah utama yang diambil oleh pihak sekolah untuk menyediakan SMKBP seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat (ICT).

Pembinaan laman web ini adalah sejajar dengan cita-cita dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melahirkan golongan celik komputer serta bersaing di persada dunia. Ini sekali gus menepati kehendak Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sekian, wassalam.


Pengetua,
Sekolah Men Keb Bukit Payong,
Jerteh, Besut
Terengganu.